Jadi Hafiz Al-quran Atau Melahirkan Huffaz Al-quran

Nak jadi jutawan akhirat mudah ! 1,027,000 huruf di dalam Al-Quran, setiap bacaan digandakan 10 kali pahala, sekali khatam ja dah dapat ganjaran minima 10juta pahala.

Hari ini kita dengar berkaitan pusat tahfiz yang sangat daif dari segi fasilitinya. Ada pihak dengan lantang menyalahkan pihak pengurusan tahfiz itu sendiri. Ingat, dengan yuran yang sangat minima dikenakan, sangat mustahil untuk pihak pengurusan menyediakan fasiliti kelas pertama kepada anak–anak syurga ni. Jadi sampai bila mereka ini nak menghafal dalam keadaan sebegitu?

Tidak.. Kita kan ada.

Logo Maahad Tahfiz

Nabi bersabda : “tak berkurang harta seseorang itu dengan bersedekah. Malah ia akan bertambah, bertambah dan bertambah”

Jika kita memberi dengan jumlah yang besar mungkin kita kurang dari sudut kemampuan. Maka, bantu sebarkan pesanan ini kepada seramai yang mampu. RM 3 juta, satu jumlah yang pada kita cukup mustahil. Tapi sedar atau tidak, kita hanya memerlukan 30 ribu orang untuk menyumbang dengan kadar RM 100 setiap seorang untuk cukup jumlah RM 3 juta tersebut. Jom sebarkan kepada semua dermawan di luar sana.

Di bawah ini disediakan informasi berkaitan Maahad Integrasi Madad (MIM) :

  1. Menggunakan sistem hafalan karantina
    – Hafal dalam masa singkat yang menggunakan kaedah lihat , gambarkan , membaca dan hafal.
  2. Perlu melalui ujian personaliti (VAKD)
    – Visual, Auditori, Kinestetik dan Digital
    Setiap pelajar akan menjalani ujian personaliti (VAKD) dahulu semasa pendaftaran dan akan dibahagikan mengikut kategori masing-masing. Para muhaffiz juga akan dipilih mengikut personaliti seperti pelajar supaya setiap pelajar menghafal mngikut cara hafalan yang bersesuaian.
  3. Diet pemakanan yang sihat seimbang dibantu oleh makanan tambahan sunnah dan moden.
    – Menyediakan pemakanan mengikut diet atas nasihat dan rujukan pakar nutrisi.
    – Menyediakan makanan-makanan sunnah antaranya kacang, kismis, kurma dan badam.
  4. Jadual harian yang sistematik :
    – Pelajar bangun awal untuk qiam pada jam 5.00 pagi
    – Mula kelas 7.00 pagi
    – Terdapat waktu qailullah 11.30 – 1.15 tgh hari
    – Kelas petang pukul 2.00 – 4.30 petang
    – Riadah 5.00 – 6.30 petang
  5. Rekod hafalan yang sentiasa dipaparkan dipapan kenyataan untuk menambah semangat bersaing menghafal Al-Quran dalam kalangan pelajar.
  6. Sistem Reward (ganjaran) bagi pelajar yang mencapai sasaran hafalan.

MIM menyediakan sistem yang terbaik untuk membantu para pelajar menghafal dan belajar dalam kualiti terbaik seterusnya melahirkan anak-anak yang hebat.

Untuk makluman, jika nak masuk ke Maahad Integrasi Madad (MIM) ni bukannya mudah. Banyak fasa atau ujian perlu para pelajar hadapi, antaranya, pelajar perlu mengikuti ‘Kem 10 Hari 3 Juzuk Al-Quran’ bagi pihak MIM memilih pelajar yang kompeten.

Alhamdulillah kem 10 hari yang dianjurkan mencapai malah melebihi sasaran yang MIM sasarkan. Ada beberapa pelajar yang perolehi 7 juzuk, 5 juzuk dalam tempoh 10 hari.

Tuan puan, ini bukan magik tapi jika kena tepat teknik menghafal dan jaga pemakanan maka kita akan dapat keputusan yang terbaik.

Nak meneruskan impian yang cukup besar ni, sudah tentu memerlukan bantuan semua pihak. Andai bukan jalan kita sebagai tenaga kerja dalam urusan pentadbiran dan pengurusan, maka jadilan tulang belakang yang menyokong dari sudut sumbangan dan menyebarkan info ini kepada rakan-rakan.

Insha Allah dengan usaha Bersama ini moga rezeki kita semua bertambah berkat, menjadi pemberat amal dan Allah beri kita syurga.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

Ramadan Menghampiri Penghujungnya: Kenangan dan Penghargaan Buat MADAD

Ramadan semakin melabuhkan tirainya, dan kini hanya berbaki dua hari sebelum bulan yang penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Hati menjadi sayu mengenangkan betapa pantas masa berlalu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan Ramadan sekali lagi pada tahun hadapan, dengan kesihatan dan iman yang lebih kuat, insyaAllah. Pada malam ini, solat tarawih di

Kenangan Indah di Masjid Madad: Bacaan Sheikh Amir dan Kebersamaan Keluarga

Malam ini begitu menyentuh hati apabila mendengar bacaan Sheikh Amir dalam solat terawih. Suaranya yang merdu mengingatkan kembali momen solat di Masjidil Haram, satu kenangan yang pastinya dirindui oleh ramai. Hari ke-10 Ramadan di Masjid Madad terus meriah dengan tradisi berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Walaupun hari bekerja, ramai yang tetap meluangkan masa untuk

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.