Biasa Pada Kita Besar Pada Mereka

Beberapa hari lepas YB Ustaz Hanif dan YB Ustaz Azam ada berhubung memaklumkan keperluan untuk kawasan temco di amanjaya. 

Dua orang guru ini sememangnya layak dengan jawatan mereka, siang malam masa mereka untuk rakyat. Andai ada ramai YB seperti mereka percayalah politik akan nampak sangat cantik dan terbaik.

Alhamdulillah, misi bantuan Murtadha Dakwah Centre (MADAD) tetap diteruskan iaitu dengan bantuan 1000 ekor ayam. MADADCARE dengan kerjasama YB Ustaz Hanif dan YB Ustaz Azam sebagai wakil menyerahkan kepada JKM Kuala Muda.

Pada kita ayam mungkin jadi makanan yang biasa tapi pada mereka yang terputus bekalan ianya perkara yang sangat bernilai.

Alhamdulillah juga pihak ayam BISMI sudi supply ayam dengan harga lantai sebagai kebajikan mereka juga dan rakan strategi MADAD Care. 

Untuk makluman Syarikat Ayam Bismi merupakan pembekal kepada francais tersohor di Malaysia iaitu KFC. Ianya adalah 100% milik bumiputera ISLAM.

Mana-mana orang Kuala Muda yang betul2 terputus bekalan makanan hanya perlu datang atau memaklumkan kepada team MADADCARE ya.

InshaAllah MADAD akan berikan bantuan akan sekadar termampu. Teruskan menyokong Murtadha Dakwah Centre!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rezeki Perlumbaan dan Hikmah Sebalik Usaha

Kali ini, rezeki tidak menyebelahi adik Faris dalam kategori 80km endurance. Dalam pusingan lalu, abang Fateh pula terpaksa akur dengan keputusan disqualified (DSQ). Beginilah adat permainan — kita boleh usaha sebaik mungkin, tetapi jika belum rezeki, tetap juga tidak akan lepas. Perlumbaan kali ini memang mencabar. Seramai 10 orang anak tahfiz turut serta dalam kategori

Kuliah Dhuha Tetap Meriah, Meskipun Dalam Kesibukan Rumah Terbuka Aidilfitri

  Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan. Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.