Bantuan Tetap Diteruskan Walaupun Bulan Puasa

Ramadhan 1441 Hijrah bersamaan April-Mei 2020 Murtadha Dakwah Centre (MADAD) tetap meneruskan bantuan demi bantuan. Dalam keadaan PKP pada bulan Ramadhan pula sememangnya menguji banyak keluarga yang hilang punca pendapatan kerana tidak dapat bekerja akibat Covid-19.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

Apa yang dapat kita fahami dari matan hadis tersebut, besar kelebihan bagi mereka yang memberi makan orang yang berpuasa, apatah lagi mereka yang amat memerlukan seperti

  • Anak-anak yatim
  • Fakir miskin
  • Golongan yang berhajat kepada bantuan.

Untuk kali ini, team Madad ke Kampung Serukam, Sungai Petani, Kedah. Madad dapat menyantuni sebanyak 60 buah keluarga dikawasan ini. Alhamdulillah bantuan kita sampai kepada mereka yang betul-betul layak untuk menerima dan sememangnya memerlukannya. 

Ada seorang pakcik ni datang naik motor, semata-mata nak terima bantuan daripada kita. Dengan keadaan kudrat yang lemah. Allahuakbar sayu hati kita melihatnya.  Alhamdulillah, Allah gerakkan hati-hati kita untuk bantu mereka yang sangat memerlukan.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

Ramadan Menghampiri Penghujungnya: Kenangan dan Penghargaan Buat MADAD

Ramadan semakin melabuhkan tirainya, dan kini hanya berbaki dua hari sebelum bulan yang penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Hati menjadi sayu mengenangkan betapa pantas masa berlalu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan Ramadan sekali lagi pada tahun hadapan, dengan kesihatan dan iman yang lebih kuat, insyaAllah. Pada malam ini, solat tarawih di

Kenangan Indah di Masjid Madad: Bacaan Sheikh Amir dan Kebersamaan Keluarga

Malam ini begitu menyentuh hati apabila mendengar bacaan Sheikh Amir dalam solat terawih. Suaranya yang merdu mengingatkan kembali momen solat di Masjidil Haram, satu kenangan yang pastinya dirindui oleh ramai. Hari ke-10 Ramadan di Masjid Madad terus meriah dengan tradisi berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Walaupun hari bekerja, ramai yang tetap meluangkan masa untuk

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.