Tiada Yang Mustahil: Permulaan Cemerlang Sesi Temuduga Kemasukan Maahad Integrasi MADAD 2026

Alhamdulillah, Maahad Integrasi MADAD mencatat satu lagi pencapaian bermakna apabila lebih 300 calon hadir pada hari pertama sesi temuduga bagi kemasukan tahun 2026. Sambutan yang sangat memberangsangkan ini mencerminkan kepercayaan masyarakat terhadap hala tuju, sistem pendidikan serta visi jangka panjang yang dibawa oleh MADAD.

Sesi temuduga ini merupakan Sesi IV, yang akan berlangsung selama empat hari, melibatkan lebih 500 orang calon secara keseluruhan. Proses penilaian dilaksanakan secara terancang dan menyeluruh bagi memastikan calon yang terpilih bukan sahaja memenuhi keperluan akademik, malah memiliki potensi sahsiah dan disiplin yang selari dengan nilai pendidikan MADAD.

Tahun ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila MADAD secara rasmi menyertai silibus pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dengan izin Allah SWT, penyertaan ini disertai dengan kejayaan yang membanggakan di peringkat kebangsaan khususnya dalam bidang sukan, sekali gus mengukuhkan nama MADAD di peringkat nasional.

Antara pencapaian utama yang telah diraih termasuk:

  • Johan Badminton Kebangsaan KESSUMA
  • Johan Tradisional Archery Kebangsaan
  • Johan Bola Sepak HESA Kedah
  • Naib Johan Bola Sepak Kebangsaan KESSUMA

Kejayaan ini membuktikan bahawa pendekatan pendidikan holistik yang menekankan keseimbangan antara akademik, sahsiah dan sukan mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing dan cemerlang di pelbagai peringkat.

Seiring dengan pencapaian tersebut, MADAD menetapkan misi baharu untuk terus konsisten dalam kecemerlangan sukan di samping memperkukuh prestasi akademik. Sasaran seterusnya adalah untuk tersenarai dalam 10 institusi terbaik di Malaysia dari sudut pencapaian akademik, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing tinggi.

Lensa hari pertama sesi pagi temuduga ini merakamkan suasana penuh harapan, kesungguhan dan doa daripada para calon serta ibu bapa yang hadir. Semoga setiap usaha ini dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Tiada yang mustahil — percayalah pada proses.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts