Tausiyah Perdana & Bacaan Yassin di MADAD – Permulaan Penuh Berkat

Khamis, 23 Januari 2025
7:30 malam
Murtadha Dakwah Center (MADAD)

Sempena MADAD Festival 2025, kita akan memulakan program 10 hari penuh keberkatan ini dengan Bacaan Yassin & Tausiyah Perdana. Inilah peluang untuk sama-sama mengisi jiwa dengan ilmu dan zikir, semoga setiap langkah kita diberkati Allah.

Barisan Asatizah Jemputan

InsyaAllah, majlis ini akan dihadiri oleh beberapa tokoh hebat, antaranya:

Syeikh Zainul Asri
Dato’ Hj Abdul Gafar
Gus Husaini
Beberapa asatizah lain yang akan turut berkongsi ilmu

Bukan itu sahaja, alunan qasidah juga akan mengiringi majlis ini, menambahkan lagi suasana ketenangan dan keindahan zikrullah.

Kepada penduduk Sungai Petani dan kawasan sekitar, daripada duduk saja di rumah, jom sama-sama datang ke MADAD – solat berjemaah, bacaan Yassin, dan mendapat tausiyah yang menyejukkan hati.

Marilah kita bermula dengan majlis ilmu, kerana permulaan yang baik, insyaAllah membawa keberkatan untuk sepanjang program!

Jumpa di sana!

#TausiyahPerdana #BacaanYassin #MADADFestival2025 #IlmuUntukUmmah

Klik link dibawah untuk lihat rakaman penuh:

https://fb.watch/xpDDBnVFIf

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts