Buggy Kuning, Buggy Hijau: Tumpuan Jemaah Setiap Sabtu

 

Setiap kali hujung minggu menjelma, dua biji buggy ini menjadi tumpuan para jemaah yang datang ke Madad. Sebiji kuning, sebiji hijau—dua-duanya sentiasa dinanti untuk membawa para pengunjung mengelilingi kawasan. Walaupun hanya ada dua buah, siapa yang sempat naik, memang dikira bertuah!

Setiap hari Sabtu, dua jejaka yang bertugas dengan penuh dedikasi mengambil alih peranan khas mereka. Seorang sebagai “kolek” dan seorang lagi sebagai pemandu. Gelagat mereka sering mencuit hati, lebih-lebih lagi apabila makcik-makcik yang menaiki buggy tidak lupa mendoakan jodoh mereka.

“Doakan depa naa, dua-duanya masih single lagi,” gurauan yang sering kedengaran daripada para jemaah. Harapnya, tahun depan status mereka berubah! 🥰

Bagi yang belum berkesempatan menaiki buggy ini, jangan risau. Setiap Sabtu, peluang sentiasa ada. Mana yang “celuih” dulu, dialah yang bertuah!


Boleh klik link di bawah untuk saksikan rakaman penuh:
https://fb.watch/xpykf5U8gP/

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Pengajian Dhuha: Syukur, Sabar & Jihad

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan untuk kita terus bersama dalam majlis ilmu yang penuh barakah. Walaupun pada hari ini Ustaz Yaakub Yusra tidak berpeluang untuk hadir, \ kami tetap terpaut pada suasana indah Pengajian Dhuha yang berlangsung dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Ketidakhadiran ini bukanlah kerana kelalaian, tetapi kerana urusan

Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah: Sambungan Ilmu dan Bimbingan Hati

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang terus memberi ruang dan kesempatan untuk kita menyambung pengajian kitab yang penuh hikmah, Bidayatul Hidayah. Pada sesi kali ini, pengajian telah disampaikan oleh Ustaz Afifi, yang dengan penuh ketenangan dan kelembutan menyelami inti pati ajaran Imam Al-Ghazali. Kitab ini bukan sekadar bacaan, tetapi panduan hidup yang mendidik hati

Pengajian Dhuha: Menyemai Cinta Ilmu & Menginsafi Hakikat Dunia

Alhamdulillah, meriah sungguh Pengajian Dhuha kali ini. Rombongan dari utara, selatan, timur dan barat hadir memenuhi ruang MADAD – menjadikan suasana pengajian begitu hidup dan menggugah hati. Ramainya jemaah yang datang, seolah-olah satu perhimpunan besar para pencinta ilmu, hadir bukan sekadar dengan langkah kaki tetapi dengan hati yang rindu kepada nasihat dan tazkirah. Kuliah pagi

Rezeki Anak Soleh: Harapan Baharu Akademi Tahfiz Bola

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas limpahan rahmat dan rezeki-Nya. Tahun pertama penubuhan Akademi Tahfiz Bola ini telah membawa satu nikmat yang besar dan penuh makna. Walaupun masih dalam fasa awal, pencapaian yang diraih merupakan tanda keberkatan dan doa yang terus mengiringi perjuangan ini. Rezeki yang diterima pada tahun pertama ini benar-benar membuka ruang harapan

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.