2000 Ekor Ayam Segar Untuk 2000 Keluarga

Alhamdulillah! Murtadha Dakwah Centre (MADAD) sudah mencapai target untuk projek 2000 ekor ayam kepada 20,000 ahli keluarga yang memerlukan.

Untuk kali ini, bantuan keperluan asas telah pun sampai di kawasan Kampung Batu 3 di Gurun sebanyak 12 pek bantuan dan 10 ekor ayam segar. Untuk kawasan ini Madad dibantu oleh Ustaz Ahmad Ismail yang merupakan Wakil Kawasan Pas.

Seterusnya, bantuan 10 pek bantuan dan 15 ekor ayam segar diedarkan di sekitar

  • Sik
  • Taman Emas Suria
  • Taman Delima
  • Sungai Layar

Manakala di Kampung Pokok Asam pula sebanyak 25 pek bantuan dan 35 ekor ayam segar yang dibantu oleh Ust Hafiz Sharir dan pasukan.

Di kawasan Taman Sinar Mentari, bantuan yang diberikan adalah sebanyak 30 ekor ayam segar dan 12 pek bantuan keperluan. Madad diwakilkan oleh Abg Leman yang merupakan Ketua Rukun Tetangga Kawasan tersebut

Bantuan terakhir untuk kali ini adalah sebanyak 10 ekor ayam segar yang diwakilkan kepada Cikgu Rusli dan Pakcik Junaidi yang merupakan wakil PAS kawasan Sg jagung dan Kampung Teluk.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha bantuan kali ini. Semoga kita semua terus istiqamah, InShaAllah.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Ramadan Menghampiri Penghujungnya: Kenangan dan Penghargaan Buat MADAD

Ramadan semakin melabuhkan tirainya, dan kini hanya berbaki dua hari sebelum bulan yang penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Hati menjadi sayu mengenangkan betapa pantas masa berlalu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan Ramadan sekali lagi pada tahun hadapan, dengan kesihatan dan iman yang lebih kuat, insyaAllah. Pada malam ini, solat tarawih di

Kenangan Indah di Masjid Madad: Bacaan Sheikh Amir dan Kebersamaan Keluarga

Malam ini begitu menyentuh hati apabila mendengar bacaan Sheikh Amir dalam solat terawih. Suaranya yang merdu mengingatkan kembali momen solat di Masjidil Haram, satu kenangan yang pastinya dirindui oleh ramai. Hari ke-10 Ramadan di Masjid Madad terus meriah dengan tradisi berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Walaupun hari bekerja, ramai yang tetap meluangkan masa untuk

Suasana Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Masjid Madad

Menikmati waktu berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat sememangnya suatu pengalaman yang amat berharga. Suasana di Masjid Madad pada waktu ini dipenuhi dengan jemaah yang datang bersama ibu bapa, pasangan, anak-anak, serta rakan-rakan. Ia menjadi satu detik kebersamaan yang mengeratkan silaturahim dalam bulan penuh keberkatan ini. Malam ini juga merupakan malam kedua dan terakhir bagi

Keindahan Tarawih di MADAD: Sebuah Malam Penuh Keberkatan

Malam ini, suasana di MADAD benar-benar dipenuhi dengan keberkatan dan kehangatan ukhuwah Islamiah. Jemaah yang hadir begitu bersemangat menunaikan solat tarawih, seolah-olah tidak mahu berhenti. Dengan keimanan yang kukuh, mereka menikmati setiap rakaat, merasakan ketenangan dan kedamaian dalam ibadah. Ustaz Fahmi Asraf bertindak sebagai imam, manakala Ustaz Hari Mulya menggalas tugas sebagai bilal, menjadikan pengalaman

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.