
MADAD menerima berita mengejutkan mengenai pemergian enam sekeluarga dalam satu kejadian yang menyayat hati. Walaupun mereka bukan dalam kalangan yang kami kenali secara rapat, kesedihan tetap terasa kerana tragedi ini membawa makna sebenar ungkapan “sehidup semati.”
Buat pihak MADAD, khususnya pasukan Hang Cangkul MADAD, kami turut terlibat bersama sahabat-sahabat lain dalam menguruskan urusan pengebumian jenazah mereka. Ia merupakan satu amanah besar yang kami pikul dengan penuh tanggungjawab dan rasa kasih sesama insan.
Sesungguhnya, kita yakin bahawa mereka telah memperoleh ganjaran syahid akhirat di sisi Allah SWT. Semoga roh mereka semua ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan dirahmati-Nya.
Ketika ini, difahamkan jenazah sedang menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan akan dibawa ke Masjid Jerlun pada malam ini untuk urusan seterusnya.
Marilah kita sama-sama menghadiahkan doa dan Al-Fatihah buat arwah enam sekeluarga ini. Semoga Allah SWT memberi ketabahan kepada ahli keluarga, waris, serta seluruh masyarakat yang terkesan dengan tragedi ini.
Doa untuk arwah:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُمْ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُمْ وَاغْسِلْهُمْ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِمْ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ
“Ya Allah, ampunilah mereka, rahmatilah mereka, sejahterakanlah mereka, maafkanlah mereka, muliakanlah tempat tinggal mereka, lapangkanlah kubur mereka, mandikanlah mereka dengan air, salji dan embun, serta bersihkanlah mereka daripada segala kesalahan sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kotoran.”

