Madad Soccer & Archery 2019

  • Madad Soccer & Archery merupakan program yang melatih peserta dalam kemahiran bola sepak dan memanah.
  • Disampung itu, juga diselitkan dengan ilmu asas berkaitan solat yang telah memberi impak yang sangat baik kepada peserta yang menyertai sekaligus dapat mempelajari ilmu agama daripada fasilitator yang bertauliah .
  • Program ini telah mendapat kerjasama daripada Tuan Hj Akasha, pemilik padang bola sepak yang berhampiran MADAD untuk kegunaan program berlangsung.
  • Tidak dilupakan juga kepada penaja yang sudi membantu dalam merialisasikan program ini yang terdiri daripada KHAS Event Management, Klinik Dr salina, Al-Haura, El-Izzah Travel dan Keluarga peserta yang tidak putus-putus memberi sumbangan dan sokongan semasa program .
  • Untuk Makluman, program ini telah diadakan selama 9 hari dan disertai seramai 100 orang peserta (40 orang peserta memanah dan 60 orang peserta bola sepak) .
  • Penganjur juga telah menjemput penampilan khas pemain bola sepak terkenal kesayangan orang Kedah iaitu Tuan Baddrol Bakhtiar selaku ikon Madad Soccer & Archery 2019.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

Ramadan Menghampiri Penghujungnya: Kenangan dan Penghargaan Buat MADAD

Ramadan semakin melabuhkan tirainya, dan kini hanya berbaki dua hari sebelum bulan yang penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Hati menjadi sayu mengenangkan betapa pantas masa berlalu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan Ramadan sekali lagi pada tahun hadapan, dengan kesihatan dan iman yang lebih kuat, insyaAllah. Pada malam ini, solat tarawih di

Kenangan Indah di Masjid Madad: Bacaan Sheikh Amir dan Kebersamaan Keluarga

Malam ini begitu menyentuh hati apabila mendengar bacaan Sheikh Amir dalam solat terawih. Suaranya yang merdu mengingatkan kembali momen solat di Masjidil Haram, satu kenangan yang pastinya dirindui oleh ramai. Hari ke-10 Ramadan di Masjid Madad terus meriah dengan tradisi berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Walaupun hari bekerja, ramai yang tetap meluangkan masa untuk

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.