Madad Festival – Hari Kelima : Mewarna Challenge

Alhamdulillah, dah hari ke-5 dah MADAD Festival hari ini. Eh, nampak geng ibu-ibu yang lagi teruja dari anak-anak! 

Nampak comel adik-adik ini kan?

Pagi ini di MADAD, kami mengadakan Cabaran Mewarna. Sebenarnya, masjid bukanlah sekadar tempat solat, tetapi juga tempat untuk aktiviti komuniti. Alhamdulillah, masjid MADAD dipenuhi jemaah di setiap waktu.

Usaha kami ini, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk galakkan lagi ramai orang datang ke masjid, selain menguatkan lagi fungsi masjid sebagai tempat beraktiviti.

Sekali lagi, terima kasih kami ucapkan kepada semua yang sudir hadir. Kami harap anda semua tak jemu untuk datang ke Madad kerana banyak lagi program yang akan kami adakan.

Kita jumpa lagi di majlis-majlis lain ya!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Perkongsian Ilmu Bersama Dato’ Dr. Abdul Muati di MADAD

Alhamdulillah, pada hari ini MADAD berkesempatan menerima kunjungan dan perkongsian ilmu daripada seorang tokoh ilmuwan yang disegani, iaitu Dato’ Dr. Abdul Muati @ Zamri Ahmad. Walaupun jadual kuliah beliau begitu padat, namun dengan penuh keikhlasan Dato’ Dr. Muati tetap meluangkan masa untuk bersama para jemaah di MADAD bagi menyampaikan nasihat dan ilmu yang bermanfaat. Keberadaan

Pengajian Dhuha Bersama TG Ustaz Abdul Halim

Alhamdulillah, pada 23 Ogos 2025 yang lalu, MADAD telah menerima kehadiran para jemaah dalam jumlah yang sangat menggalakkan bagi mengikuti Pengajian Dhuha bersama TG Ustaz Abdul Halim. Lebih daripada 20 buah bas hadir pada pagi tersebut, menandakan semangat cinta ilmu yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Dalam kuliah minggu ini, TG Ustaz Abdul Halim membicarakan tentang

MADAD Terima Kunjungan Tuan Hafizul Faiz, Tokoh Refleksi Al-Quran

Kedah, Ogos 2025 – MADAD berpeluang menerima kunjungan tokoh penulis dan penggiat ilmu Al-Quran, Tuan Hafizul Faiz, yang dikenali luas dengan karya serta kelas refleksi Al-Quran yang dijalankannya di seluruh negara. Kehadiran beliau disambut penuh penghargaan kerana menyampaikan perkongsian yang memberi kesan mendalam kepada para peserta. Dalam sesi tersebut, Tuan Hafizul Faiz menekankan kepentingan mendekatkan

Kehadiran Jemaah Penguat Semangat MADAD

Semalam, anak-anak tahfiz MADAD telah menyertai pertandingan berkuda di Terengganu. Walaupun pihak pengurusan tidak berkesempatan untuk hadir memberi sokongan secara langsung, Allah SWT telah menggantikan dengan nikmat lain yang sangat bermakna – menerima kunjungan jemaah dari seluruh pelusuk tanah air. Setiap minggu, hampir 20 buah bas rombongan jemaah singgah ke MADAD. Kehadiran ini bukan sahaja

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.