
Alhamdulillah, pada semalamnya selepas sesi kuliah, pihak kami berkesempatan bersama-sama menyaksikan anak-anak tahfiz menyertai pertandingan memanah. Syukur ke hadrat Allah, mereka telah berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas usaha dan pencapaian ini.
Pihak Madad juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para jemaah yang hadir berkunjung. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah satu bentuk sokongan yang amat bermakna buat kami. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada Al-Fadhil Ustaz Syeikh Mohd Rashdan yang telah meluangkan masa mengisi slot pengisian awal pagi sempena Awal Muharram.
Insya-Allah, program akan diteruskan lagi pada minggu hadapan. Sehingga kini, sebanyak 17 buah bas telah pun mengesahkan penyertaan untuk hadir pada hari Sabtu ini. Bagi para jemaah yang hadir secara persendirian, disarankan untuk datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.
Slot khas sempena Awal Muharram bersama Ustaz Syeikh Rashdan akan diadakan terlebih dahulu sebelum diteruskan dengan bacaan kitab seperti biasa. Semoga Allah memberkati setiap langkah kita dalam majlis ilmu ini.






















