Kuliah Dhuha Madad – Pecah Rekod Kehadiran 32 biji bas!

Alhamdulillah, Allah yang gerakkan hati para tetamu  untuk hadir di Kuliah Dhuha di masjid Madad hari ini. Lebih istimewa, ada jemputan khas lagi iaitu Ustaz Syed Nor Hisyam – lagilah memeriahkan suasana.

Bila teringat balik, Alhamdulilllah nampaknya usaha keras dari tahun 2018 dah mula menampakkan hasil hari ini. Kadang-kadang hati ni tertanya-tanya juga kan, “Mai mana depa ramai-ramai ni. Tiap-tiap minggu makin ramai. Sejuk, sayu rasa hati ni”

Tambahan pula, hari ini pecah rekod kehadiran kuliah di Madad – 32 bas! Tidak termasuk jemaah-jemaah, keluarga-keluarga  yang datang sendiri dengan kenderaan lain lagi. Lagi syok team Madad kami dok sediakan makanan. Meriah depa!

Alhamdulillah, teringat dulu bulan Ramadan yang lepas,  buka masjid dulu dan pada masa itu macam-macam fasiliti belum siap sepenuhnya. Hari ni, Alhamdulillah hampir semua fasiliti masjid dah siap. InshaAllah, kami mohon doa dari semua, doakan team Madad ya.

Terima kasih dari kami, harap jangan jemu untuk datang ke fasiliti kami di Madad, dan InshaAllah kami juga sehabis baik akan berikan yang terbaik untuk anda semua. Kita jumpa lagi di majlis-majlis lain ya!

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Suasana Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Masjid Madad

Menikmati waktu berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat sememangnya suatu pengalaman yang amat berharga. Suasana di Masjid Madad pada waktu ini dipenuhi dengan jemaah yang datang bersama ibu bapa, pasangan, anak-anak, serta rakan-rakan. Ia menjadi satu detik kebersamaan yang mengeratkan silaturahim dalam bulan penuh keberkatan ini. Malam ini juga merupakan malam kedua dan terakhir bagi

Keindahan Tarawih di MADAD: Sebuah Malam Penuh Keberkatan

Malam ini, suasana di MADAD benar-benar dipenuhi dengan keberkatan dan kehangatan ukhuwah Islamiah. Jemaah yang hadir begitu bersemangat menunaikan solat tarawih, seolah-olah tidak mahu berhenti. Dengan keimanan yang kukuh, mereka menikmati setiap rakaat, merasakan ketenangan dan kedamaian dalam ibadah. Ustaz Fahmi Asraf bertindak sebagai imam, manakala Ustaz Hari Mulya menggalas tugas sebagai bilal, menjadikan pengalaman

Keberkatan Ramadan di Masjid MADAD: Suasana Berbuka Puasa dan Ibadah yang Meriah

Alhamdulillah, suasana berbuka puasa di Masjid MADAD semakin meriah dengan kehadiran jemaah yang ramai. Kehangatan kebersamaan jelas terasa apabila umat Islam berkumpul untuk berbuka puasa bersama, mengeratkan ukhuwah serta menikmati juadah dalam suasana penuh keberkatan. Setelah berbuka, jemaah turut beramai-ramai menunaikan solat Tarawih yang dipimpin oleh Imam Ustaz Wan Ahmad Nur Firas. Bacaan beliau yang

Malam Keenam Solat Tarawih: Keindahan Kebersamaan di Bulan Ramadan

Alhamdulillah, malam keenam solat Tarawih di masjid kami berlangsung dengan penuh keberkatan. Jemaah yang hadir tetap ramai, menunjukkan semangat tinggi dalam mengimarahkan rumah Allah pada bulan yang mulia ini. Suasana berbuka puasa juga meriah dengan kehadiran ramai ahli keluarga yang bersama-sama menikmati juadah sambil mengeratkan silaturahim. Momen-momen seperti ini pastinya akan kekal dalam ingatan sebagai

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.