JADI HAFIZ AL-QURAN ATAU MELAHIRKAN HUFFAZ AL-QURAN
Nak jadi jutawan akhirat mudah ! 1,027,000 huruf di dalam Al-Quran, setiap bacaan digandakan 10 kali pahala, sekali khatam ja dah dapat ganjaran minima 10juta pahala.
Hari ini kita dengar berkaitan pusat tahfiz yang sangat daif dari segi fasilitinya. Ada pihak dengan lantang menyalahkan pihak pengurusan tahfiz itu sendiri. Ingat, dengan yuran yang sangat minima dikenakan, sangat mustahil untuk pihak pengurusan menyediakan fasiliti kelas pertama kepada anak–anak syurga ni. Jadi sampai bila mereka ini nak menghafal dalam keadaan sebegitu?
Tidak.. Kita kan ada.
Nabi bersabda : “tak berkurang harta seseorang itu dengan bersedekah. Malah ia akan bertambah, bertambah dan bertambah”
Jika kita memberi dengan jumlah yang besar mungkin kita kurang dari sudut kemampuan. Maka, bantu sebarkan pesanan ini kepada seramai yang mampu. RM 3 juta, satu jumlah yang pada kita cukup mustahil. Tapi sedar atau tidak, kita hanya memerlukan 30 ribu orang untuk menyumbang dengan kadar RM 100 setiap seorang untuk cukup jumlah RM 3 juta tersebut. Jom sebarkan kepada semua dermawan di luar sana.
Di bawah ini disediakan informasi berkaitan Maahad Integrasi Madad (MIM) :
MIM menyediakan sistem yang terbaik untuk membantu para pelajar menghafal dan belajar dalam kualiti terbaik seterusnya melahirkan anak-anak yang hebat.
Untuk makluman, jika nak masuk ke Maahad Integrasi Madad (MIM) ni bukannya mudah. Banyak fasa atau ujian perlu para pelajar hadapi, antaranya, pelajar perlu mengikuti ‘Kem 10 Hari 3 Juzuk Al-Quran’ bagi pihak MIM memilih pelajar yang kompeten.
Alhamdulillah kem 10 hari yang dianjurkan mencapai malah melebihi sasaran yang MIM sasarkan. Ada beberapa pelajar yang perolehi 7 juzuk, 5 juzuk dalam tempoh 10 hari.
Tuan puan, ini bukan magik tapi jika kena tepat teknik menghafal dan jaga pemakanan maka kita akan dapat keputusan yang terbaik.
Nak meneruskan impian yang cukup besar ni, sudah tentu memerlukan bantuan semua pihak. Andai bukan jalan kita sebagai tenaga kerja dalam urusan pentadbiran dan pengurusan, maka jadilan tulang belakang yang menyokong dari sudut sumbangan dan menyebarkan info ini kepada rakan-rakan.
Insha Allah dengan usaha Bersama ini moga rezeki kita semua bertambah berkat, menjadi pemberat amal dan Allah beri kita syurga.
Pihak Madad berbesar hati untuk memberi HADIAH sebagai tanda penghargaan kami. Anda akan mendapat :
– 3 E-book
– 2 Taqwim
– 1 Bacaan surah solat terawih
– 1 Buletin madad
E-Book Khas daripada MADAD buat anda yang menyumbang!
Jom! Kita bagi sumbangan. InsyaAllah besar nikmatnya kepada anak – anak tahfiz ni. Besar juga pahalanya kepada kita. Semoga, setiap kebaikan yang kita lakukan menjadi pemberat timbangan kita di mahsyar.
Dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang,
kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.
Atau emailkan persoalan / aduan anda terus ke
[email protected]