Bantuan Covid19 Madad Kepada 102 Keluarga

Alhamdulillah, dengan izin Allah Murtadha Dakwah Centre (MADAD) berjaya menyampaikan bantuan para penyumbang kepada hampir 102 buah isi rumah sekitar Kota Kuala Muda iaitu :

  • Kampung Permatang Pasir
  • Kampung Seri Empangan
  • KEDA
  • Bukit Meriam
  • Kampung Permatang Kelompon

Projek ini adalah usaha bersama daripada PKWR Dun Pantai Merdeka iaitu Ustaz Fadzli Hashim. Semoga dengan kerjasama ini dapat menguatkan lagi institusi kebajikan dalam membantu keluarga yang memerlukan dalam menghadapi PKP ini inshaAllah.

Memberi bantuan dari rumah ke rumah

Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Untuk misi bantuan Covid-19 ini , MADAD sasarkan 1000 keluarga untuk diberikan bantuan ‘Pack Keperluan Asas’.

Doakan semoga Murtadha Dakwah Centre (MADAD) terus memberi manfaat kepada masyarakat dan terima kasih kepada yang sentiasa bersama MADAD.

Bantuan kepada hampir 102 isi rumah yang memerlukan.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

Ramadan Menghampiri Penghujungnya: Kenangan dan Penghargaan Buat MADAD

Ramadan semakin melabuhkan tirainya, dan kini hanya berbaki dua hari sebelum bulan yang penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Hati menjadi sayu mengenangkan betapa pantas masa berlalu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan Ramadan sekali lagi pada tahun hadapan, dengan kesihatan dan iman yang lebih kuat, insyaAllah. Pada malam ini, solat tarawih di

Kenangan Indah di Masjid Madad: Bacaan Sheikh Amir dan Kebersamaan Keluarga

Malam ini begitu menyentuh hati apabila mendengar bacaan Sheikh Amir dalam solat terawih. Suaranya yang merdu mengingatkan kembali momen solat di Masjidil Haram, satu kenangan yang pastinya dirindui oleh ramai. Hari ke-10 Ramadan di Masjid Madad terus meriah dengan tradisi berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Walaupun hari bekerja, ramai yang tetap meluangkan masa untuk

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.