600KG Ikan Untuk Zon Kenanga, Mawar Dan Melur

Selepas bantuan ayam beberapa hari yang lalu, Murtadha Dakwah Centre (MADAD) sekali lagi masuk ke kawasan Amanjaya yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Zon yang terlibat untuk PKPD ini adalah

  • Zon Kenanga
  • Mawar
  • Melur

Alhamdulillah bantuan kita sebanyak 600KG ikan sampai kepada mereka. Tempoh PKPD untuk Zon Mawar dan Kenanga tamat pada 10 September 2020 manakala untuk Zon Mawar dilanjutkan kepada 27 September 2020.

Murtadha Dakwah Centre dibawah program MADADCARE dengan kerjasama Wakil Kawasan Zon tersebut dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyampaikan bantuan sebanyak 600KG ikan di kawasan tersebut.

Terima kasih kepada semua yang terlibat pada kali ini. Terima kasih jua kepada Saudara Affan Ammar dan sahabatnya sebagai penyumbang untuk menjayakan program ini.

Semoga bantuan yang tak seberapa ini menyenangkan hati penduduk-penduduk yang terlibat dengan PKPD ini.

 

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rezeki Perlumbaan dan Hikmah Sebalik Usaha

Kali ini, rezeki tidak menyebelahi adik Faris dalam kategori 80km endurance. Dalam pusingan lalu, abang Fateh pula terpaksa akur dengan keputusan disqualified (DSQ). Beginilah adat permainan — kita boleh usaha sebaik mungkin, tetapi jika belum rezeki, tetap juga tidak akan lepas. Perlumbaan kali ini memang mencabar. Seramai 10 orang anak tahfiz turut serta dalam kategori

Kuliah Dhuha Tetap Meriah, Meskipun Dalam Kesibukan Rumah Terbuka Aidilfitri

  Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan. Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.