Generasi Hafiz al-Quran Menyerlah di Padang Bola: Kejayaan MADAD di MASSAK
Alhamdulillah, tahun 2025 menjadi tahun penuh makna buat anak-anak soleh Tahfiz MADAD. Dalam penyertaan sulung mereka di kejohanan bola sepak sekolah-sekolah agama negeri Kedah (MASSAK 2025), pasukan MADAD bukan sahaja berjaya menampilkan persembahan cemerlang, bahkan menutup tirai dengan kejayaan bergelar juara. Lebih istimewa, perlawanan akhir menemukan pasukan MADAD dengan pasukan Daris, sahabat yang sekampung di…