10 Tan Daging Korban Untuk Asnaf – Korban Perdana Madad 2.0

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT dengan izinNya dapat sama² kita menjalankan ibadah korban tahun ni, 1441 Hijrah / 2020 Masihi.

Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Tanjung Dawai, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pantai Merdeka dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kuala Ketil berjaya mengadakan KORBAN PERDANA MURTADHA DAKWAH CENTRE 2.0.

Tidak lupa juga kepada penaja program kali ini iaitu:

  • Khas Event
  • Klinik Dr Salina

Di samping itu, jutaan terima kasih kepada seluruh penyumbang² hebat yang sentiasa memberi sokongan yang padu kepada Madad untuk terus memberikan khidmat terbaik untuk masyarakat.

Untuk pengetahuan semua, jumlah lembu yang dikorbankan kali ini adalah sebanyak 28 ekor manakala peserta seramai 123 orang. Antara peserta yang terlibat adalah seperti :

  • Anona
  • Tuan Hj Asri
  • Melvinians
  • Ibu Hanim
  • Teratak Jamu
  • Jamu Tun Teja
  • EK Circle Sdn Bhd
  • ESW
  • Charms
  • Asri Ahmad Academy
  • Zafesha Networking
  • Mommy Hera
  • Obses
  • Anas Cosmetic

Seterusnya, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sukarelawan serta pasukan dari Surau Taman Malinja, Markas Pas Sg Jagung dan Markas Pas Kg Teluk yang bersungguh-sungguh menyumbang kudrat dan tenaga semata-mata untuk menjayakan program ini.

Alhamdulillah. Semua daging korban kali ini telah selamat Madad salurkan kepada 1000 keluarga asnaf bersamaan 5000 orang asnaf.

Semoga semua yang terlibat dalam Korban Perdana Madad 2.0 ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dimurahkan rezeki dan diterima segala amal baik kita, InShaaAllah.

Mohon semua titipkan doa untuk perjalanan Madad yang masih jauh. Diharapkan pada masa yang akan datang, Madad boleh membantu lebih ramai orang lagi yang memerlukan.

Teruskan menyokong Murtadha Dakwah Centre, semoga kebaikkan yang Madad buat, tuan² dan puan² turut dapat saham diakhirat kelak. Amin.

Suasana sekitar Korban Perdana MADAD 2.0

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rezeki Perlumbaan dan Hikmah Sebalik Usaha

Kali ini, rezeki tidak menyebelahi adik Faris dalam kategori 80km endurance. Dalam pusingan lalu, abang Fateh pula terpaksa akur dengan keputusan disqualified (DSQ). Beginilah adat permainan — kita boleh usaha sebaik mungkin, tetapi jika belum rezeki, tetap juga tidak akan lepas. Perlumbaan kali ini memang mencabar. Seramai 10 orang anak tahfiz turut serta dalam kategori

Kuliah Dhuha Tetap Meriah, Meskipun Dalam Kesibukan Rumah Terbuka Aidilfitri

  Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan. Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.