PKPD Dilanjutkan Di Kawasan Zon Melur

Sebelum ini, PKPD dikenakan bagi penduduk yang tinggal di kawasan Ambangan Height yang melibatkan 3 Zon, iaitu :

  • Zon Kenanga
  • Zon Mawar
  • Zon Melur

Kalau ikutkan PKPD ini telah tamat pada 15 September 2020 yang lalu, tapi untuk kawasan Zon Melur PKPD dilanjutkan sehingga 27 September 2020. Ini kerana terdapat kes baru di kawasan ini pada hari-hari terakhir pelaksanaan PKPD.

Alhamdulillah, Murtadha Dakwah Centre (MADAD) di bawah unit MADADCARE telah selesai menjadi perantara untuk bantuan ‘1kg ikan temenung, 1 keluarga”. Bantuan yang diberikan keseluruhannya berjumlah 650kg ikan untuk penduduk-penduduk yang terjejas pendapatan apabila diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Di Zon Melur ini terdapat lebih kurang 650 keluarga secara keseluruhannya.

Setinggi penghargaan kepada pihak Al Hikmah Sdn Bhd dan Pemuda Pas Sungai Petani sebagai watak utama dalam penyampaian sumbangan hari ini. Tidak kurang jua kepada pihak JKM yang membantu dari sudut urusan dan sebagainya dalam melancarkan misi kali ini.

Terima kasih pada semua pihak yang terlibat pada hari ini. Semoga Allah memudahkan urusan penduduk-penduduk di Zon Melur.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Ramadan Menghampiri Penghujungnya: Kenangan dan Penghargaan Buat MADAD

Ramadan semakin melabuhkan tirainya, dan kini hanya berbaki dua hari sebelum bulan yang penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Hati menjadi sayu mengenangkan betapa pantas masa berlalu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan Ramadan sekali lagi pada tahun hadapan, dengan kesihatan dan iman yang lebih kuat, insyaAllah. Pada malam ini, solat tarawih di

Kenangan Indah di Masjid Madad: Bacaan Sheikh Amir dan Kebersamaan Keluarga

Malam ini begitu menyentuh hati apabila mendengar bacaan Sheikh Amir dalam solat terawih. Suaranya yang merdu mengingatkan kembali momen solat di Masjidil Haram, satu kenangan yang pastinya dirindui oleh ramai. Hari ke-10 Ramadan di Masjid Madad terus meriah dengan tradisi berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Walaupun hari bekerja, ramai yang tetap meluangkan masa untuk

Suasana Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Masjid Madad

Menikmati waktu berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat sememangnya suatu pengalaman yang amat berharga. Suasana di Masjid Madad pada waktu ini dipenuhi dengan jemaah yang datang bersama ibu bapa, pasangan, anak-anak, serta rakan-rakan. Ia menjadi satu detik kebersamaan yang mengeratkan silaturahim dalam bulan penuh keberkatan ini. Malam ini juga merupakan malam kedua dan terakhir bagi

Keindahan Tarawih di MADAD: Sebuah Malam Penuh Keberkatan

Malam ini, suasana di MADAD benar-benar dipenuhi dengan keberkatan dan kehangatan ukhuwah Islamiah. Jemaah yang hadir begitu bersemangat menunaikan solat tarawih, seolah-olah tidak mahu berhenti. Dengan keimanan yang kukuh, mereka menikmati setiap rakaat, merasakan ketenangan dan kedamaian dalam ibadah. Ustaz Fahmi Asraf bertindak sebagai imam, manakala Ustaz Hari Mulya menggalas tugas sebagai bilal, menjadikan pengalaman

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.