Lepak Anak Muda – Ambang Tahun Baru

Lepak Anak Muda bersempena dengan ambang tahun baru 2022 menarik anak muda dengan program-program ilmiah. Alhamdulillah, tahun ni MADAD dalam usaha untuk kumpulkan kekuatan anak muda supaya sentiasa menjadi yang terbaik untuk agama dan negara.

Sambutan sangat menggalakkan walaupun program ni dihebahkan minit-minit akhir supaya yang hadir tidak teralalu ramai. Risau juga sebab covid-19 masih belum reda. 

Lepak Anak Muda kali ni, waktu pagi diserikan dengan tausiyah dari Tuan Guru Abdul Mutalib dan Ustaz Abdullah Khairi yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra sendiri.

Ilmu bila kita tuntut dari orang yang betul, 2 jam tu rasa tak cukup sebab banyak sangat kata-kata dan isi penting boleh di ambil sebagai pedoman hidup.

Pertandingan Lego untuk kanak-kanak bermula jam 2.30 petang. Banyak sangat sudah pertandingan yang melibatkan gadjet untuk mereka ni, jadi MADAD cuba cari inisiatif lain untuk kanak-kanak ni jauh sekejap dari gadjet.

Ingatkan mereka ni tak pandai dah main lego, rupanya macam-macam bentuk di buat. Ada yang robot, rumah, helikopter dan macam-macam lagi. Sebenarnya bila kita tak manjakan sangat dengan gajet, boleh ja kita kembangkan lagi bakat anak-anak ni ke arah yang sepatutnya.

Alhamdulillah, sebelah malam penuh dengan anak-anak muda tak lupa juga yang berpangkat ayah dan ibu yang bawa anak-anak untuk dengar majlis ilmu santai. Sejak PKP, majlis ilmu macam ni dah lama tak boleh buat.

Forum Lepak Anak Muda diserikan dengan Ustaz Tido, Baddrol Bakhtiar dan Ustaz Mohammad Yaakub Yusra sebagai pengerusi.

Dua icon anak muda yang sering menjadi ikutan di sosial media. Baddrol Bakhtiar icon anak muda yang minat bola sepak manakala Ustaz Tido icon anak muda yang bermain permainan video di smartphone.

Hebat betul mereka ni, sanggup tunggu sehingga jam 12 malam untuk sama-sama sambut tahun baru dengan majlis ilmu. Forum juga diserikan dengan alunan-alunan qasidah dan selawat akustik.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Kejayaan Berganda Pasukan Anak-Anak MADAD

Alhamdulillah, tahun ini Allah SWT telah melimpahkan rezeki yang begitu bermakna buat anak-anak MADAD. Dalam tempoh yang singkat, mereka telah berpeluang menyertai dua kejohanan besar secara serentak, suatu pengalaman berharga yang pastinya menjadi kenangan indah dalam perjalanan mereka. Dalam Temasya Sukan Sekolah Agama, Pondok dan Tahfiz (HESA) yang berlangsung baru-baru ini, pasukan anak-anak MADAD berjaya

Kehangatan Pengajian Sabtu Bersama Jemaah

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, pengajian Sabtu kali ini dapat diteruskan seperti biasa. Setelah minggu lalu Ustaz Yaakub Yusra tidak berpeluang hadir kerana menyertai satu kejohanan bola sepak di Universiti Utara Malaysia (UUM), kerinduan untuk kembali bersama-sama jemaah amat terasa. Tidak dapat dinafikan, suasana bersama jemaah pengajian

Pemergian Enam Sekeluarga: Sebuah Kisah Syahid Akhirat

MADAD menerima berita mengejutkan mengenai pemergian enam sekeluarga dalam satu kejadian yang menyayat hati. Walaupun mereka bukan dalam kalangan yang kami kenali secara rapat, kesedihan tetap terasa kerana tragedi ini membawa makna sebenar ungkapan “sehidup semati.” Buat pihak MADAD, khususnya pasukan Hang Cangkul MADAD, kami turut terlibat bersama sahabat-sahabat lain dalam menguruskan urusan pengebumian jenazah

Dari Angan-Angan ke Pentas Kebangsaan: Kejayaan Pasukan Memanah Maahad Integrasi MADAD

Alhamdulillah, satu lagi kisah kejayaan lahir daripada usaha tanpa jemu dan keyakinan yang teguh. Apa yang dahulu dianggap angan-angan kosong kini terbukti sebagai satu realiti. Ketika awal penubuhan kelab tahfiz memanah di Maahad Integrasi MADAD, tidak sedikit suara sinis yang kedengaran. Ada yang menganggap usaha ini sekadar mimpi, malah ada yang menyatakan ia satu kerja

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.