Di Mana Kampung Air Mendidih?

Untuk kali ini, Murtadha Dakwah Centre (MADAD) pergi ke satu kawasan yang kurang diketahui. Jika ada penduduk Sungai Petani yang tak tahu dekat mana kampung tu, jangan risau kita sama.

Kampung ni kalau cari di google memang tak jumpa dan kalau send location pun akan dapat dekat tempat lain atau erti kata lain memang tak tepat lah kalau nak sampai di location tu. Kampung ni sebenarnya berhadapan ja dengan Hospital Sungai Petani yang lama.

Tapi itu bukanlah alasan untuk MADAD abaikan mereka. Alhamdulillah, setelah mereka menunggu dengan sabar dengan berkali-kali saling berhubung, kali ini team MADAD pun sampai.

Alhamdulillah, bantuan kali ini sebanyak 21 packs dan 100 ekor ayam kepada penduduk:

1) Pinang Tunggal

2) Kampung Air Mendidih

3) Masjid al-Barokah, Kg. Tikam Batu

4) Pantai Merdeka (Wakilkan kepada Ustaz Fadzli)

Doakan MADAD terus istiqamah dan membantu lebih banyak masyarakat yang memerlukan. Untuk yang ingin menyumbang dan turut serta bagi kebajikan ini boleh terus menghubungi Murtadha Dakwah Centre (MADAD).

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Kejayaan Berganda Pasukan Anak-Anak MADAD

Alhamdulillah, tahun ini Allah SWT telah melimpahkan rezeki yang begitu bermakna buat anak-anak MADAD. Dalam tempoh yang singkat, mereka telah berpeluang menyertai dua kejohanan besar secara serentak, suatu pengalaman berharga yang pastinya menjadi kenangan indah dalam perjalanan mereka. Dalam Temasya Sukan Sekolah Agama, Pondok dan Tahfiz (HESA) yang berlangsung baru-baru ini, pasukan anak-anak MADAD berjaya

Kehangatan Pengajian Sabtu Bersama Jemaah

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, pengajian Sabtu kali ini dapat diteruskan seperti biasa. Setelah minggu lalu Ustaz Yaakub Yusra tidak berpeluang hadir kerana menyertai satu kejohanan bola sepak di Universiti Utara Malaysia (UUM), kerinduan untuk kembali bersama-sama jemaah amat terasa. Tidak dapat dinafikan, suasana bersama jemaah pengajian

Pemergian Enam Sekeluarga: Sebuah Kisah Syahid Akhirat

MADAD menerima berita mengejutkan mengenai pemergian enam sekeluarga dalam satu kejadian yang menyayat hati. Walaupun mereka bukan dalam kalangan yang kami kenali secara rapat, kesedihan tetap terasa kerana tragedi ini membawa makna sebenar ungkapan “sehidup semati.” Buat pihak MADAD, khususnya pasukan Hang Cangkul MADAD, kami turut terlibat bersama sahabat-sahabat lain dalam menguruskan urusan pengebumian jenazah

Dari Angan-Angan ke Pentas Kebangsaan: Kejayaan Pasukan Memanah Maahad Integrasi MADAD

Alhamdulillah, satu lagi kisah kejayaan lahir daripada usaha tanpa jemu dan keyakinan yang teguh. Apa yang dahulu dianggap angan-angan kosong kini terbukti sebagai satu realiti. Ketika awal penubuhan kelab tahfiz memanah di Maahad Integrasi MADAD, tidak sedikit suara sinis yang kedengaran. Ada yang menganggap usaha ini sekadar mimpi, malah ada yang menyatakan ia satu kerja

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.