Bantuan Anda Sampai Pada Mereka

Alhamdulillah, MADAD CARE dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Pantai Merdeka menyantuni dan menyampaikan bantuan seluruh penyumbang kepada 80 keluarga di sekitar :

  • Kota Kuala Muda
  • Seri Ampangan
  • Seberang Terus
  • Sungai Emas
  • Permatang Nyior
  • Taman Sri Kota
  • Simpor Tambang
  • Jalan Pengkalan
  • Padang Limau

Sesuai dengan peribahasa melayu ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”.

Di kalangan penerima ada yang :

  • Yatim piatu
  • Patah kaki
  • Kurang keupayaan untuk bergerak
  • Ditinggalkan anak 

Sebenarnya pelbagai kisah yang kita lihat apabila kita sendiri turun padang dan tengok masyarakat kita.

hmm,

“Maksu” anggaran umur mungkin dalam lingkungan 70 tahun lebih sesuai untuk dipanggil “nenek”.

Namanya menjadi sebutan masyarakat setempat. Terkenal dengan ahlul quran kerana sifatnya yang rajin membaca AlQuran dan sentiasa mendampingi AlQuran.

“Maksu” juga turut terkesan dengan bencana yang dihadapi kita semua. Kehidupan yang sederhana dan kekurangan tidak menghalang dia untuk lebih dekat dengan AlQuran. Buktinya setiba Madad di rumahnya untuk menyantuni dan serahkan bantuan dia sedang membaca AlQuran.

Anak muda yang turut mewakili MADAD membari bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik

Tersentuh hati MADAD yang majoritinya diwakili oleh anak muda. Ingat, di saat kita di dalam musibah. Banyakkan mendampingi AlQuran. Allah akan tenangkan hati kita. Rumah kita yang serba kekurangan juga menjadikan kita lebih tenang dan bersyukur.

Bila susah, cari Allah. Bila gundah, baca kallamullah.

Mengagihkan bantuan dari rumah ke rumah.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Rezeki Perlumbaan dan Hikmah Sebalik Usaha

Kali ini, rezeki tidak menyebelahi adik Faris dalam kategori 80km endurance. Dalam pusingan lalu, abang Fateh pula terpaksa akur dengan keputusan disqualified (DSQ). Beginilah adat permainan — kita boleh usaha sebaik mungkin, tetapi jika belum rezeki, tetap juga tidak akan lepas. Perlumbaan kali ini memang mencabar. Seramai 10 orang anak tahfiz turut serta dalam kategori

Kuliah Dhuha Tetap Meriah, Meskipun Dalam Kesibukan Rumah Terbuka Aidilfitri

  Meskipun suasana Syawal masih meriah dengan pelbagai jemputan rumah terbuka di sana sini, Alhamdulillah, semangat menuntut ilmu dalam kalangan jemaah tidak pernah surut. Kuliah Dhuha di MADAD tetap berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh penghayatan. Kami amat bersyukur kerana para jemaah — yang kami anggap sebagai kiriman Allah SWT — tetap setia meluangkan

Berita Duka – Pemergian Khalis, Anak Syurga

Khalis, Anak Syurga yang Pergi Terlalu Awal Khalis dan Pakaian Raya Terakhirnya: Sebuah Kenangan yang Abadi Beberapa hari lalu, kami menerima khabar yang amat menyedihkan. Salah seorang pelajar kami, adik Khalis Nuqman, telah disahkan mengalami brain death setelah menjalani imbasan MRI susulan kemalangan yang berlaku. Hati kami luluh, lebih-lebih lagi mengenangkan semangat dan kesungguhan yang

Solat Raya Aidilfitri di MADAD, Meriah Lain Macam

Alhamdulillah, berdasarkan pengumuman rasmi, esok merupakan 1 Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di MADAD, kami juga telah membuat persiapan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penuh tertib dan kemeriahan. Untuk solat Hari Raya tahun ini, imam yang akan memimpin adalah Ustaz Shukri Ali. Bagi yang pernah solat di belakang beliau,

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.