Ayam Untuk 300 Keluarga Di PKPD Amanjaya

Kali ini Murtadha Dakwah Centre (MADAD) bergerak pula ke kawasan Amanjaya, Sungai Petani yang terlibat dengan PKPD akibat kes Covid-19 yang naik mendadak di kawasan ini. Alhamdulillah selesai pemberian sebanyak 300 ekor ayam di Zon

  • Kenanga
  • Mawar
  • Melur

Apabila diuji dengan perintah kawalan diperketatkan tersebut pastinya akan menyebabkan urusan membeli dan menambah barangan dapur semakin payah. Kedai dalam kawasan ini pun tidak dibenarkan untuk beroperasi.

Alhamdulillah Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dibawah program MADADCARE dengan kerjasama Wakil Kawasan Zon tersebut, Ustaz Hilmi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyampaikan bantuan sebanyak 300 ekor ayam di kawasan tersebut.

Terima kasih kepada semua yang terlibat pada hari ini. Terima kasih jua kepada Saudara Affan dan sahabatnya, En Malik dan sahabatnya atas tajaan perkhidmatan pengangkutan bagi menjayakan program ini. 

Marilah sama-sama kita mendoakan agar wabak Covid-19 dihilangkan terus dari muka bumi ini.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Kejayaan Berganda Pasukan Anak-Anak MADAD

Alhamdulillah, tahun ini Allah SWT telah melimpahkan rezeki yang begitu bermakna buat anak-anak MADAD. Dalam tempoh yang singkat, mereka telah berpeluang menyertai dua kejohanan besar secara serentak, suatu pengalaman berharga yang pastinya menjadi kenangan indah dalam perjalanan mereka. Dalam Temasya Sukan Sekolah Agama, Pondok dan Tahfiz (HESA) yang berlangsung baru-baru ini, pasukan anak-anak MADAD berjaya

Kehangatan Pengajian Sabtu Bersama Jemaah

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, pengajian Sabtu kali ini dapat diteruskan seperti biasa. Setelah minggu lalu Ustaz Yaakub Yusra tidak berpeluang hadir kerana menyertai satu kejohanan bola sepak di Universiti Utara Malaysia (UUM), kerinduan untuk kembali bersama-sama jemaah amat terasa. Tidak dapat dinafikan, suasana bersama jemaah pengajian

Pemergian Enam Sekeluarga: Sebuah Kisah Syahid Akhirat

MADAD menerima berita mengejutkan mengenai pemergian enam sekeluarga dalam satu kejadian yang menyayat hati. Walaupun mereka bukan dalam kalangan yang kami kenali secara rapat, kesedihan tetap terasa kerana tragedi ini membawa makna sebenar ungkapan “sehidup semati.” Buat pihak MADAD, khususnya pasukan Hang Cangkul MADAD, kami turut terlibat bersama sahabat-sahabat lain dalam menguruskan urusan pengebumian jenazah

Dari Angan-Angan ke Pentas Kebangsaan: Kejayaan Pasukan Memanah Maahad Integrasi MADAD

Alhamdulillah, satu lagi kisah kejayaan lahir daripada usaha tanpa jemu dan keyakinan yang teguh. Apa yang dahulu dianggap angan-angan kosong kini terbukti sebagai satu realiti. Ketika awal penubuhan kelab tahfiz memanah di Maahad Integrasi MADAD, tidak sedikit suara sinis yang kedengaran. Ada yang menganggap usaha ini sekadar mimpi, malah ada yang menyatakan ia satu kerja

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.