Isi Borang Online dan seterusnya buat bayaran melalui sistem bayaran online yang di sediakan. Semuanya secara Online Sahaja.
Terima SERTA-MERTA Bonus Ebook dan Video Qasidah yang akan dihantar terus ke telefon bimbit anda.
Semua penyembelihan akan dibuat pada 10,11, 12 dan 13 Zulhijjah. Nak TRACK status qurban anda? Boleh track ibadah qurban melalui link WhatsApp yang akan disediakan.
Anda akan menerima sijil penyertaan (Softcopy) qurban selepas Hari Raya Aidil Adha
MADAD membuka peluang untuk orang ramai sertai qurban bagi yang berkemampuan, manakala bagi yang tidak berkemampuan, MADAD membuka peluang untuk anda memberikan sumbangan ikhlas semperna Qurban untuk sama-sama mendapat manfaat Ibadah Qurban.
Satu bahagian hanya untuk satu nama peserta sahaja dan sila pastikan anda mengisi nama yang betul. Nama peserta tidak termasuk nama pelanggan, nama pelanggan hanya maklumat untuk pembayaran sahaja.
Pastikan email dan no. telefon yang didaftarkan adalah benar kerana email dan no. telefon tersebut akan digunakan untuk urusan seterusnya. Email dan no. telefon yang didaftarkan dibenarkan untuk ubah dalam masa seminggu selepas pendaftaran.
Nama peserta korban dan sijil tidak boleh ditukar setelah mendaftar (mohon semak ejaan sebelum hantar borang)
Bagi peserta yang ingin mengambil bahagian daging, boleh pilih lembu 1-20 sahaja. Peserta yang tidak ambik daging sila beri kerjasama untuk pilih lembu 21-100.
Pengambilan daging di MADAD hanya berlaku pada hari raya pertama sahaja. Sebarang maklumat tambahan berkenaan pengambilan akan dimaklumkan semula.
MADAD tidak bertanggungjawab atas kesilapan anda memberikan maklumat yang diperlukan.
# Setiap daging lembu yang dikorbankan akan diagihkan kepada asnaf dan tahfiz terpilih.
# Pastikan maklumat yang anda masukkan betul kerana tidak ada pertukaran boleh dilakukan setelah pendaftaran.
Dari Aisyah ra, Nabi saw bersabda…
Dan sesungguhnya sebelum darah Qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) Qurban itu.
Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan manusia pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah SWT dari menyembelih haiwan Qurban.”
– HR Tirmidzi –
Harga bagi satu bahagian qurban (lembu) adalah RM750.
Harga bagi satu ekor kambing qurban adalah RM1,300.
Sekiranya diwasiatkan untuk melakukan ibadah korban, maka dibenarkan. Namun sekiranya tidak diwasiatkannya maka tidak dibenarkkan untuk melakukannya. Ini kerana korban merupakan ibadah. Dan ibadah pada asalnya tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Adapun begitu, anak yang masih hidup, boleh meletakkan nama sendiri sebagai peserta dan pahala tersebut diniatkan untuk dihadiahkan kepada ibu atau ayah mereka yang telah meninggal dunia.
Sewaktu sembelihan dibuat.
Pembahagian daging seeloknya adalah 1/3 untuk diberikan kepada asnaf, 1/3 dibuat kenduri dan 1/3 untuk peserta.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi khidmat pelanggan kami :
014-601 9099 ( Ustaz Akhyar )
014-601 9699 ( Ustazah Anis )