Kuliah Dhuha – Madad ‘culik’ Ustaz Haslin Baharim

Alhamdulillah, sempena kehadiran Ustaz Haslin Baharim ke Sungai Petani, sempat juga beliau bertandang  ke MADAD pagi ini – atas pelawaan Ustaz Yusra.
Sporting Ustaz Haslin pagi ini selepas ‘diculik’ untuk beliau sampaikan Kuliah Dhuha. 

“…..we have to prepare something today!” Petah Ustaz Haslin cakap English dalam pengisian berkaitan Persediaan Menghadapi Kematian.

Jom kita dengar Kuliah Dhuha hari ini dari Ustaz Haslin:

https://fb.watch/oGJlCsNREW/

Bukan itu sahaja, nampaknya minggu ini menjadi minggu yang sibuk, sejak MADAD Festival menutupi tirai pada 25/11/2023 yang lepas .

Dengan hampir 40 bas, jumlah peserta yang hadir amat ramai, mencerminkan semangat komuniti Sungai Petani untuk bersama-sama memeriahkan aktiviti di MADAD ini. Antara aktiviti menarik di sini ialah menunggang kuda.

Ha! Kalau siapa yang belum pernah try tunggang kuda jom jadikan pengalaman pertama anda di MADAD.

Dalam kemeriahan ini, ternyata team kami sangat teruja menyediakan juadah untuk kedatangan jemaah. Kami juga harap jemaah tidak jemu untuk datang lagi ke MADAD ya.

Sekali lagi terima kasih dari kami yang sudi bertandang ke MADAD, inshaAllah kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Jumpa lagi!.

Share:

Facebook
WhatsApp
Twitter
Telegram

Related Posts

Ramadan Menghampiri Penghujungnya: Kenangan dan Penghargaan Buat MADAD

Ramadan semakin melabuhkan tirainya, dan kini hanya berbaki dua hari sebelum bulan yang penuh keberkatan ini meninggalkan kita. Hati menjadi sayu mengenangkan betapa pantas masa berlalu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan Ramadan sekali lagi pada tahun hadapan, dengan kesihatan dan iman yang lebih kuat, insyaAllah. Pada malam ini, solat tarawih di

Kenangan Indah di Masjid Madad: Bacaan Sheikh Amir dan Kebersamaan Keluarga

Malam ini begitu menyentuh hati apabila mendengar bacaan Sheikh Amir dalam solat terawih. Suaranya yang merdu mengingatkan kembali momen solat di Masjidil Haram, satu kenangan yang pastinya dirindui oleh ramai. Hari ke-10 Ramadan di Masjid Madad terus meriah dengan tradisi berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Walaupun hari bekerja, ramai yang tetap meluangkan masa untuk

Suasana Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Masjid Madad

Menikmati waktu berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat sememangnya suatu pengalaman yang amat berharga. Suasana di Masjid Madad pada waktu ini dipenuhi dengan jemaah yang datang bersama ibu bapa, pasangan, anak-anak, serta rakan-rakan. Ia menjadi satu detik kebersamaan yang mengeratkan silaturahim dalam bulan penuh keberkatan ini. Malam ini juga merupakan malam kedua dan terakhir bagi

Keindahan Tarawih di MADAD: Sebuah Malam Penuh Keberkatan

Malam ini, suasana di MADAD benar-benar dipenuhi dengan keberkatan dan kehangatan ukhuwah Islamiah. Jemaah yang hadir begitu bersemangat menunaikan solat tarawih, seolah-olah tidak mahu berhenti. Dengan keimanan yang kukuh, mereka menikmati setiap rakaat, merasakan ketenangan dan kedamaian dalam ibadah. Ustaz Fahmi Asraf bertindak sebagai imam, manakala Ustaz Hari Mulya menggalas tugas sebagai bilal, menjadikan pengalaman

PERCUMA

(PERCUMA) 42 Koleksi E-Book Percuma Khas Untuk Anda!

EBOOK PERCUMA ini akan mendedahkan pelbagai tips dan amalan yang boleh diamalkan bersama orang tersayang. Salinan buku dengan harga pasaran RM150 ini diberikan secara percuma namun terhad.