Apabila pemilik polisi meninggal dunia, penerima hibah yang telah ditetapkan akan mendapat segala manfaatnya kerana ia merupakan milik mutlak si penerima hibah.
Si penerima hibah atau waris yang namanya telah ditetapkan di dalam polisi itu tidak perlu risau kerana mereka akan menerima pampasan yang sepenuhnya dari syarikat takaful.
Ini berdasarkan peraturan Perenggan 13(2), Jadual 10 APKI 2013 yang menyatakan hibah takaful ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.
Tahukah anda duit pampasan boleh diperolehi oleh penerima hibah dalam tempoh 7-30 hari sahaja?
Tempoh ini adalah sangat pantas jika dibandingkan dengan proses mendapatkan surat kuasa pembahagian harta pusaka yang boleh memakan masa sehingga bertahun lamanya!
Hal ini akan memudahkan penerima ini untuk meneruskan kehidupan dengan menggunakan wang pampasan tersebut.
Pemilik polisi takaful bebas untuk menukar nama penerima hibah kepada orang lain pada bila-bila masa.
Contohnya, sebelum ini Ahmad nama ibunya sebagai penerima. Tidak lama selepas itu, ahmad bernikah dan mempunyai seorang isteri. Kini, Ahmad boleh menukar/menambah nama penerima dari ibunya kepada isteri barunya.
Hibah takaful sangat bermanfaat kepada isteri yang kehilangan suami kerana meninggal dunia.
Apabila meninggal dunia, polisi si suami tidak akan dibekukan seperti akaun bank, ASB dan sebagainya. Penerima yang telah dinyatakan di dalam polisi itu akan menerima hibah tunai seperti yang tertulis dalam polisi tersebut.
Pemilik polisi takaful bebas untuk memilih sesiapa sahaja untuk menjadi penerima hibah takaful.
Contohnya, jika pemilik polisi mempunyai anak angkat, dia boleh menjadi penerima di dalam polisi takaful tersebut.
Penerima akan menerima jumlah manfaat perlindungan takaful seperti yang tertulis di dalam polisi takaful tersebut. Sebagai contoh, jika polisi anda bernilai RM500,000, ini bermakna penerima anda akan menerima amaun RM500,000 tanpa perlu membayar apa-apa kos untuk menerima wang tunai ini.
100% pampasan akan dimiliki penama yang ditetapkan.
Boleh dihibahkan kepada sesiapa sahaja termasuk anak anak angkat, adik beradik, ibu ayah dan sebagainya.
Boleh disedekahkan pampasan untuk amal jariah. Rumah Anak Yatim, Rumah Tahfiz, masjid dan sebagainya
Proses pencairan lebih cepat dalam sebulan (dokumentasi yang sempurna).
Sumber penggantian gaji sementara, sebelum harta-harta lain dicairkan mengikut pembahagian Faraid.
Asset yang boleh dibentuk dengan segera sekiranya ahli keluarga ditimpa musibah