TERBARU! KINI DILANCARKAN..

4AM CLUB CHALLENGE 3.0

We featured in:

ANAK CHAMPION GAYA RASULULLAH

Anak itu umpama kain putih.

Sabda Rasulullah SAW: “Seorang bayi tidak dilahirkan (ke dunia ini) melainkan ia berada dalam keadaan suci (fitrah tidak mensekutukan Allah). Kemudian ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani, ataupun Majusi – sebagaimana haiwan yang dilahirkan dalam keadaan selamat tanpa cacat.

Maka bacalah firman Allah yang berbunyi: ‘tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah.’ (QS. Ar Ruum (30): 30)” (HR Muslim)

“Ustaz, bila nak buat 4 Am Club lagi?”
Jammed telefon saya bila banyak mesej masuk daripada alumni 4 Am Club siri2 yang lepas pakat dok pm. Ramai ja yang rasa cinta dia tinggi kepada kebaikan. Cuma perlukan sedikit force untuk bimbing mereka lebih dekat dengan islam.

Baik. Jadi atas permintaan ramai, sukacitanya kita akan sambung lagi sekali 4 Am Club 3.0. Tapi kali ni versi special sikit. Kita buat 4 Am club versi Maulidur Rasul.

Apa yang best sangat program 4 Am Club ni kan sebab ramai yang tak sabar-sabar nak join, sampai yang dah join pun tak sabar nak join lagi.

Jom teruskan bacaan.

Tarikh : 29 & 30 Oktober 2020
Hari : Khamis & Jumaat
Masa : 4.00 pagi- 6.00 pagi

Aktiviti 4 Am Club :

#Slot Bacaan Al-Quran oleh Ustaz Ashraf Naim selaku Mudir Maahad Integrasi Madad (4.00 Pagi – 4.20 Pagi)

#Slot Tazkirah Khas oleh Ustaz Yaakub Yusra Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (4.20 pagi – 5.20 pagi)

#Slot Zikir & Qasidah Ustaz Asri, Ustaz Mizan & Ustaz Akhyar (5.20 pagi – 5.45 pagi)

Haa! Paling special lagi program 4am Club ni, kami sediakan krew khas untuk kejutkan kesemua peserta sebelum program bermula. Bukan senang tau nak bangun jam 3-4 pagi untuk join program secara online pulak kan.

4 AM CLUB kita kali ni bertemakan “Anak Champion Gaya Rasulullah!”
Saya yakin ramai yang nak anak kita jadi champion bukan setakat di dunia ja. Tapi sampai akhirat anak kita champion.

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukannya, tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun.”

Nak lahirkan anak champion?

Jom Daftar sekarang !

SIAPA KAMI?

Pesanan Terakhir Almarhum Ustaz Murtadha Yusof Sebelum Meninggal Dunia

Murtadha Dakwah Centre ditubuhkan pada awal Januari 2018 di Kampung Teluk Sungai Petani Kedah dan dikenali sebagai “Pusat Dakwah Darul Murtadha”. Pusat Dakwah Darul Murtadha diasaskan oleh Almarhum Ustaz Murtadha Yusof. 

Murtadha Dakwah Centre (MADAD) merupakan pusat pembangunan dan pendidikan ummah melalui aktiviti gaya hidup Islam dengan pengetahuan terkini dan inovatif.

Visi kami adalah menjadi pusat aktiviti gaya hidup Islam yang terkemuka dengan pengetahuan terkini dan aktiviti yang berinovatif, bertujuan memperkayakan kehidupan melalui pembangunan nilai-nilai peribadi untuk ummah menjelang 2030

4AM CLUB CHALLENGE

4 AM CLUB kita kali ni bertemakan “Anak Champion Gaya Rasulullah!”. Saya yakin ramai yang nak anak kita jadi champion bukan setakat di dunia ja. Tapi sampai akhirat anak kita champion. Nak lahirkan anak champion? Jom Daftar sekarang !

© 2020 MADAD Centre. All Rights Reserved
Read More